Wednesday, June 23, 2010

Mata Yang Memandang Sama Berat Dgn Bahu Yang Memikul.

Orang berkata aku tak peduli, aku tidak kisah hanya kerana bahu yg memikul masih memikul bebannya. Tapi siapa yg tahu kalau mata ku yg memandang ini sudah terlalu berat untuk melihat mungkin lebih berat dari bahu yg memikul.
Pada yg memikul beban, bukan tidak pernah mata yg memandang ini cuba membantu untuk meringankan beban yg dipikul, bukan sekali malah berkali-kali tanpa jemu mata yang memandang cuba membantu. Namun apakan daya jika yg memikul beban tidak cuba sedaya upaya (mungkin) untuk membuang beban yg dipikulnya. Seolah-olah bahu yg memikul lebih bahagia memilih untuk memikul beban yg dipikulnya.
Untuk yg memikul beban, ketahuilah bahawa hati ini sangat pedih dan sedih melihat kau lebih sanggup memilih untuk memikul beban itu daripada berusaha membuang beban yang kau cari itu sendiri.
Tika ini. mata yang memandang cuba menenangkan diri agar diri ini bisa lebih rasional dan tenang tapi.... tanpa pernah putus doa dan harapan agar yg memikul beban terbuka dan kuat hatinya untuk membuang beban yg dipikul itu.

Saturday, May 1, 2010

Allah Maha Kaya

Hari ni, Sabtu 1 Mei, genap 7 hari hubby dan alhana (my eldest princess) kurang sihat. semuanya bermula dengan demam panas, Selasa petang hubby warded di Damansara Specialist Hospital. Sy pulak demam panas yg menyerang seluruh saraf & sendi. Rabu dan Khamis sy & Alhana menjalani blood test 2 kali sehari krn platlet n white blood cell yg rendah. Ptg Khamis, Alhana perlu direfer di Hospital Selayang. Alhamdulillah bonda tercinta ada di sisi membantu ketika Allah menguji diri ini.

Malam jumaat Alhana diwadkan di 8B ditemani Wonya. Malam jumaat itu akhirnya air mata sy tumpah jua, rasa kekuatan makin terhakis, ditambah demam yg tak reda2. Jumaat pagi Alhamdulillah badan sy rasa semakin kuat, bibik pula mengambil alih, menjaga Alhana di hospital. Sy di rumah menjaga Anas, alhamdulillah Anas sihat sahaja. petang pukul 6 sy hantar bonda ke hospital kembali dan membawa lasagna dan pizza kegemaran Alhana seperti yg dikirimnya.

Hari ini , giliran sy menjaga Alhana. Sy punya satu misi hari ini untuk pastikan alhana minum air sebanyak yang boleh. Sy tetapkan setiap 15m minum 50 ml air. Alhamdulillah berjaya jgk Alhana minum apple juice melebihi 1 liter.

Hari ini entah berapa kali airmata sy tumpah, bukan kerana Alhana tetapi kerana anak2 kecil yg berkongsi bilik dengan alhana. Bayi sekecil 6 bulan menderita asthma, sikecil Farah yg sebaya Anas (my youngest) berselirat wajah dan tubuhnya dengan tiub kerana masalah paru2 dan Savika, little indian girl yang mengalami penyakit hati. Air mata tak dapat dibendung kala mendengar rengekan anak-anak kecil ini. Ya Allah aku rasa ujian yg kau berikan padaku ini tak mampu ku tanggung tapi bila melihat mereka ini apalah hendak dibandingkan dengan anak-anak kecil yg tak mampu meluahkan rasa sakit, rasa ibu2 yg entah sudah lali dengan bau dan rasa hospital, tawakal ibu yg anaknya tidak tahu bila akan sembuh. Sempat sy dukung Farah yg sakitnya tiada ubat lantaran tidak tahan melihat air mukanya menangis bila ibunya tiada.

Ya Allah ku panjatkan doa buatMu, sembuhkanlah my hubby, my doter, makngah ku dan anak2 kecil yg tak berdosa ini. Peliharalah seluruh ahli keluargaku dari pada ujian yg tak mampu ku tanggung. Sesungguhnya engkaulah maha pemurah, pengasih dan lebih mengetahui segalanya.

Saturday, February 27, 2010

Alhamdulillah

Akhirnya.... niat untuk membuat blog sendiri sudah memulakan tatih pertama. B4 ni dok baca blog orang sahaja. Sebenarnya sampai saat ini keperluan untuk saya membuka blog masih belum ketemu jawapannya. Dan keduanya sampai saat ini juga saya tidak pasti adakah ruang waktu untuk saya menjenguk blog ini. Dalam ruang waktu terbatas dalam tanggungjawab sebagai mama ASAS bertiga dan juga suri ASI yang satu sampai di sini dulu ketika ini.