Saturday, August 13, 2011

Hobi

Selalunya bila sebut hobi org akan kata akt masa lapang. Berbeza dgn saya, hobi lama saya yg melanda semula ini bagaikan tsunami. saya panggil tsunami coz x der masa pun saya buat jugak bg ada masa utk hobi saya yang satu itu " baca novel".
Dah lama betul saya tinggalkan baca novel sebabnya,
  1. My roommate always complaint bila sy bc novel dgn ayatnya " cubalah baca tafsir atau buku agama kan baguss" aduhaiii nyentap betul. Bukan x nak baca.... tapi... emmm entahlah cepat jer tertido kalo baca buku2 ilmiah ni. huhuhu iman setipis onion's skin betul la.
  2. Saya rasa novel2 ini memberi harapan palsu bila kbnyakkan crt ttg suami/ lelaki yg insaf & jd romantik bila si isteri / perempuan merajuk membawa diri. kalau saya buat mcm tu mau agaknya saya yg tersengeh2 dok dpn pintu pujuk dia bg saya masuk rumah.
  3. Saya sayangkan duit saya utk membeli benda yg saya cuma akan gunakan sehari saja. ( sy akan habiskan 1 novel dlm masa 1 hari saja selalunya)
  4. Semakin kurang masa lapang saya.

Dan skrg saya menjejak kasih semula dgn hobi lama saya sejak saya addicted dgn crt Nora Elena (NE). Kerana angaunya saya dgn NE & Seth Tan (ST), maka saya berusaha mencari novel "Kasih Yg Suci". Yaa Usaha Tangga Kejayaan maka saya berjaya dptkan novel KYS.Penyebab Tsunami hobi ini melanda :
1. Saya dah ada supplier novel2 utk saya. hehehe so jimat duit saya x yah beli.. pinjam ajer.
2. Setiap kali saya breast feed (BF) anas sambil baring, saya rasa boring jerr so itulah masa lapang saya utk hobi saya. mulanya mmng sambil BF anas saya baca tapi skrg anas dah bgn lps BF pun saya dok tergolek baca novel lagi. hehehe
3. Saya rasa saya menjadi lbh sabar & bertolak ansur dgn my room mate lps baca novel2 ni. Saya katakan pd diri saya" aku mengalah hari ini utk kemenangan di kemudian hari" Alhamdulillah room mate saya pun dgn sendirinya menjadi lbh sabar & bertolak ansur dgn saya dan juga mula romantik. hehehe

Akhir kata.... "Membaca Jambatan Ilmu". :-)

What U Give U Get Back. InsyaAllah

Pernah tak rasa berkobar2 semangat nak buat kerja yg diamanahkan utk kita? Dan pernah tak rasa sangat2 keciwa krn org disekeliling kita x support langsung usaha kita?

Saya bukanlah org yg sgt rajin yg sanggup offer diri utk buat sesuatu kerja ttp kalau diberi satu tugas saya akan cuba buat yg terbaik supaya saya puas hati & bangga dgn diri saya.

Saya pernah merasa sgt2 keciwa & marah sbb org2 yg sepatutnya buat kerja dgn saya x pedulikan projek yg sepatutnya kami jlnkan. Kalau ikutkan hati mmng saya rasa nak buat derk jugak macam yg partner saya buat. Biarlah projek tu x jalan kalau cuma saya saja yg terhegeh2 nak jayakannya. Tapi akhirnya saya pilih utk teruskan usaha saya. Peduli apa dgn partner saya yg x bertanggungjawab tu. Knp mesti saya ikut perangai mereka2 yg akhirnya saya sendiri akan rasa x senang hati & bersalah.

Alhamdulillah Allah jdkan saya sbg insan yg tahu malu, & bukan berhati kering. I'm remind myself yg saya membawa nama sekolah utk apa saja tugas yg saya buat. Kalau baik usahanya InsyaAllah baiklah hasilnya utk sekolah saya. Saya bukan org yg gilakan jawatan & pangkat. Kalau tak sudah pasti saya terima jawatan sbg Penyelaras & mengisi borang memohon kenaikan pangkat sbg Penolong Kanan. Saya cuma mahu buat kerja yg tlh diamanahkan kpd saya dgn sebaik mungkin. Saya juga rasa tidak adil utk saya ambil sikap sambil lewa bila ada kwn2 lain yg turut sama berusaha untuk menjayakan program tersebut walau hanya segelintir. Alhamdulillah... dgn mengambil keputusan utk x bersikap lps tgn & berputus asa saya mendapat ganjarannya utk diri saya. Walupun secara khusunya nama sekolah naik.. tapi saya bangga & sgt2 bersyukur krn saya adalah antara org2 penting belakang tabir yg mencantikkan prog itu hingga org2 di depan tabir blh tersenyum lebar & bangga. Biarlah org x nampak saya yg dibelakang tabir itu krn sy berkerja utk kepuasan diri saya & bukan utk pandangan mata org lain. sekurang2nya saya rasa lega bila saya mati nanti saya tlh selesaikan antara amanah yg org berikan pd saya dgn baik.

Bila kita bekerja LillahiTaala, InsyaAllah akan dibalas cuma cepat atau lambat sahaja. Saya rasa sgt2 terharu bila saya bertukar tempat kerja.... saya meninggalkan nama yg baik & disebut2 betapa kehilangan saya itu sgt2 dirasai. Bohonglah jika saya mengatakn saya tidak rasa bangga. Saya sangat2 bangga & berpuas hati krn saya tlh memudahkan semua org sepanjang saya berada di sana. Kita hidup bukanlah lama, biarlah nama kita yg baik sentiasa disebut2 org. Menyebut nama kita org akan sebut dgn senyuman & kebaikan kita menjadi teladan utk org lain. InsyAllah.

Wednesday, June 23, 2010

Mata Yang Memandang Sama Berat Dgn Bahu Yang Memikul.

Orang berkata aku tak peduli, aku tidak kisah hanya kerana bahu yg memikul masih memikul bebannya. Tapi siapa yg tahu kalau mata ku yg memandang ini sudah terlalu berat untuk melihat mungkin lebih berat dari bahu yg memikul.
Pada yg memikul beban, bukan tidak pernah mata yg memandang ini cuba membantu untuk meringankan beban yg dipikul, bukan sekali malah berkali-kali tanpa jemu mata yang memandang cuba membantu. Namun apakan daya jika yg memikul beban tidak cuba sedaya upaya (mungkin) untuk membuang beban yg dipikulnya. Seolah-olah bahu yg memikul lebih bahagia memilih untuk memikul beban yg dipikulnya.
Untuk yg memikul beban, ketahuilah bahawa hati ini sangat pedih dan sedih melihat kau lebih sanggup memilih untuk memikul beban itu daripada berusaha membuang beban yang kau cari itu sendiri.
Tika ini. mata yang memandang cuba menenangkan diri agar diri ini bisa lebih rasional dan tenang tapi.... tanpa pernah putus doa dan harapan agar yg memikul beban terbuka dan kuat hatinya untuk membuang beban yg dipikul itu.

Saturday, May 1, 2010

Allah Maha Kaya

Hari ni, Sabtu 1 Mei, genap 7 hari hubby dan alhana (my eldest princess) kurang sihat. semuanya bermula dengan demam panas, Selasa petang hubby warded di Damansara Specialist Hospital. Sy pulak demam panas yg menyerang seluruh saraf & sendi. Rabu dan Khamis sy & Alhana menjalani blood test 2 kali sehari krn platlet n white blood cell yg rendah. Ptg Khamis, Alhana perlu direfer di Hospital Selayang. Alhamdulillah bonda tercinta ada di sisi membantu ketika Allah menguji diri ini.

Malam jumaat Alhana diwadkan di 8B ditemani Wonya. Malam jumaat itu akhirnya air mata sy tumpah jua, rasa kekuatan makin terhakis, ditambah demam yg tak reda2. Jumaat pagi Alhamdulillah badan sy rasa semakin kuat, bibik pula mengambil alih, menjaga Alhana di hospital. Sy di rumah menjaga Anas, alhamdulillah Anas sihat sahaja. petang pukul 6 sy hantar bonda ke hospital kembali dan membawa lasagna dan pizza kegemaran Alhana seperti yg dikirimnya.

Hari ini , giliran sy menjaga Alhana. Sy punya satu misi hari ini untuk pastikan alhana minum air sebanyak yang boleh. Sy tetapkan setiap 15m minum 50 ml air. Alhamdulillah berjaya jgk Alhana minum apple juice melebihi 1 liter.

Hari ini entah berapa kali airmata sy tumpah, bukan kerana Alhana tetapi kerana anak2 kecil yg berkongsi bilik dengan alhana. Bayi sekecil 6 bulan menderita asthma, sikecil Farah yg sebaya Anas (my youngest) berselirat wajah dan tubuhnya dengan tiub kerana masalah paru2 dan Savika, little indian girl yang mengalami penyakit hati. Air mata tak dapat dibendung kala mendengar rengekan anak-anak kecil ini. Ya Allah aku rasa ujian yg kau berikan padaku ini tak mampu ku tanggung tapi bila melihat mereka ini apalah hendak dibandingkan dengan anak-anak kecil yg tak mampu meluahkan rasa sakit, rasa ibu2 yg entah sudah lali dengan bau dan rasa hospital, tawakal ibu yg anaknya tidak tahu bila akan sembuh. Sempat sy dukung Farah yg sakitnya tiada ubat lantaran tidak tahan melihat air mukanya menangis bila ibunya tiada.

Ya Allah ku panjatkan doa buatMu, sembuhkanlah my hubby, my doter, makngah ku dan anak2 kecil yg tak berdosa ini. Peliharalah seluruh ahli keluargaku dari pada ujian yg tak mampu ku tanggung. Sesungguhnya engkaulah maha pemurah, pengasih dan lebih mengetahui segalanya.

Saturday, February 27, 2010

Alhamdulillah

Akhirnya.... niat untuk membuat blog sendiri sudah memulakan tatih pertama. B4 ni dok baca blog orang sahaja. Sebenarnya sampai saat ini keperluan untuk saya membuka blog masih belum ketemu jawapannya. Dan keduanya sampai saat ini juga saya tidak pasti adakah ruang waktu untuk saya menjenguk blog ini. Dalam ruang waktu terbatas dalam tanggungjawab sebagai mama ASAS bertiga dan juga suri ASI yang satu sampai di sini dulu ketika ini.