Saturday, May 1, 2010

Allah Maha Kaya

Hari ni, Sabtu 1 Mei, genap 7 hari hubby dan alhana (my eldest princess) kurang sihat. semuanya bermula dengan demam panas, Selasa petang hubby warded di Damansara Specialist Hospital. Sy pulak demam panas yg menyerang seluruh saraf & sendi. Rabu dan Khamis sy & Alhana menjalani blood test 2 kali sehari krn platlet n white blood cell yg rendah. Ptg Khamis, Alhana perlu direfer di Hospital Selayang. Alhamdulillah bonda tercinta ada di sisi membantu ketika Allah menguji diri ini.

Malam jumaat Alhana diwadkan di 8B ditemani Wonya. Malam jumaat itu akhirnya air mata sy tumpah jua, rasa kekuatan makin terhakis, ditambah demam yg tak reda2. Jumaat pagi Alhamdulillah badan sy rasa semakin kuat, bibik pula mengambil alih, menjaga Alhana di hospital. Sy di rumah menjaga Anas, alhamdulillah Anas sihat sahaja. petang pukul 6 sy hantar bonda ke hospital kembali dan membawa lasagna dan pizza kegemaran Alhana seperti yg dikirimnya.

Hari ini , giliran sy menjaga Alhana. Sy punya satu misi hari ini untuk pastikan alhana minum air sebanyak yang boleh. Sy tetapkan setiap 15m minum 50 ml air. Alhamdulillah berjaya jgk Alhana minum apple juice melebihi 1 liter.

Hari ini entah berapa kali airmata sy tumpah, bukan kerana Alhana tetapi kerana anak2 kecil yg berkongsi bilik dengan alhana. Bayi sekecil 6 bulan menderita asthma, sikecil Farah yg sebaya Anas (my youngest) berselirat wajah dan tubuhnya dengan tiub kerana masalah paru2 dan Savika, little indian girl yang mengalami penyakit hati. Air mata tak dapat dibendung kala mendengar rengekan anak-anak kecil ini. Ya Allah aku rasa ujian yg kau berikan padaku ini tak mampu ku tanggung tapi bila melihat mereka ini apalah hendak dibandingkan dengan anak-anak kecil yg tak mampu meluahkan rasa sakit, rasa ibu2 yg entah sudah lali dengan bau dan rasa hospital, tawakal ibu yg anaknya tidak tahu bila akan sembuh. Sempat sy dukung Farah yg sakitnya tiada ubat lantaran tidak tahan melihat air mukanya menangis bila ibunya tiada.

Ya Allah ku panjatkan doa buatMu, sembuhkanlah my hubby, my doter, makngah ku dan anak2 kecil yg tak berdosa ini. Peliharalah seluruh ahli keluargaku dari pada ujian yg tak mampu ku tanggung. Sesungguhnya engkaulah maha pemurah, pengasih dan lebih mengetahui segalanya.

3 comments:

  1. ...bguguran air mata jatuh kala mbaca entry ni. semua yg blaku ada hikmahnya. pengalaman di hospital dengan suasana begitu menginsafkan kita. sesungguhnya Allah Maha Penyayang. Ya Allah, sembuhkanlah dan lindungilah family adikku dan bonda Sokkeria yang tercinta. Hanya dari jauh dpt ku bdoa. Juga utk insan2 lain yg berada di sana. Aminnn....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Dalam ujian ada hikmah. Hikmah itu tak nampak dek di depan mata. Hanya tahu jika mencarinya. Hanya dapat jika menghayatinya. Hanya diperoleh dengan keizinan dariNya. Jika Allah tempat kita meminta, tempat kita mengadu pertolongan, insyaallah, Allah kabulkan, wallahu a'lam.

    ReplyDelete